»

Tuesday, December 4, 2012

Air Mata seorang Wanita...

Assalammualaikum

Air mata adalah permata yang paling berharga y Allah kurniakan kpd setiap wanita supaya dia boleh mencurahkan perasaan suka & dukanya. Jika kamu fikir air mata adalah kelemahan wanita, ternyata kamu silap. Air mata adalah kekuatan wanita, di situlah perasaannya berderai, duka, gembira, bahagia, sensara malah cintanya terungkap melalui air mata. Air mata seorang wanita adalah air mata kehidupan.


Petua Kesihatan Anda (Pesanan Imam Syafie)


Tajamkan fikiran anda dengan:
  • Tidak banyak berbual kosong
  • Rajin bersugi (gosok gigi)
  • Bercakap dengan orang soleh
  • Bergaul dengan ulama
Kuatkan kemampuan penglihatan anda dengan:
  • Duduk menghadap kiblat
  • Bercelak sebelum tidur
  • Memandang yang hijau
  • Berpakaian bersih
Penglihatan anda akan pudar dengan:
  • Membelakangkan kiblat
  • Melihat kemaluan
  • Memandang najis
  • Melihat orang di bunuh

Resepi Lasagna


Assalammualaikum

Alhamdulillah, entry kali ini ana mahu kongsikan satu resepi lagi. Makanan org Itali yang di namakan Lasagna. Resepi ini sepupu ana yang beri dan di olah sedikit oleh ana. Bak kata orang, nak ikut selera sendiri. Adik-beradik ana asyik bertanya, bila ana akan buat Lasagna ini dan Alhamdulillah selepas ana betul faham cara utk membuatnya, ana mulakan langkah.
Mereka suka makan lasagna ni...Nie resepi ye !! ^,^


Bahan-bahannya:
-daging cincang 400g
-kepingan lasagna "san remo 'Instant' " (di celur dahulu sblm masukkn dlm loyang)
-cendawan butang (dlm tin) *di hiris
-sos prego traditional 14 oz
-bwg putih & merah (di cincang)
-serbuk lada hitam
-serbuk oregano (xnk letak pn xpe)
-keju mozarella ( siap cincang)
-sos cili
-garam
Bahan-bahan sos:
-2 sdu butter
-kje cheddar/ 2 kpg cheesedale
-250 ml susu full krim
-2 sdu tepung gandum

Cara-caranya:
1- tumis bawang-bawang & masukkn daging sehingga separuh masak
2- masukkn sos prego & sdkt garam + serbuk oregano + cendawan
3- masukkn sos cli & srbuk lada hitam scukup rse..
4- bile dh sebati tutup api..p/s: cm wat kuah spegetti..mmg sebiji..=)

Cara-cara masak sos:
1- panaskan kuali dgn api y sederhana
2- cairkn butter & 2 sdu tepung gandum
3- msukkn susu & cheesedale + garam sckp rse..
4- Kcu smpi likat..
p/s: klu nk wat sos byk pn xpe..lg byk lg sdp..huhu

-> Sediakn loyang

1- Lekatkn kepingan lasagna (y dh di celur) smpi semua permukaan loyang tertutup..
    tp sekeping je tau..jgn 'double'..
2- Ats ye letak daging y di masak  
3- Tuangkn kuah sos td di ats daging
4- Tabur cheese mozarella ( byk pn xpe)
5- Pastu ulang step 1-4...selalu ye org wat smpai 3 layer je..
6- Layer ats skli tabur cheese byk2..smpi tutup semua..tp ikutlh klu tak suke cheese byk, 
    tak yah ltk byk2..
7- Pastu bakar dgn suhu 180C slme 30-40 minit..

SELAMAT MENCUBA ! =)

JaW BreAkeR

Assalammualaikum

Here are some ways to dislocate your jaw.. Can you say each one of these sentences without getting mixed up?
Good luck ^,^


1- She sells sea shells at the sea-shore.

2- Bitter Butter bought a bit of butter, but the bit of butter that 
    Bitter Butter bought was bitter. So, Bitter Butter bought a better   
    butter to make the bit of butter better.

3- Lucky Lonuise Lion likes licking lemon lolli pops.

4- Freddie Frog met a mad frog but the frog that Freddie Frog met  
    was Freddie Frog's frog.

5- How much would be woodcutter cut if the woodcutter would cut     
    wood.

6- Dennis is champion in tennis in Venice.

7- The glutton ate the button instead of the mutton.

8- Molly and Polly bought a lolly called Jolly.









Wednesday, August 29, 2012

Resepi Panna cotta

Assalammualaikum...

Alhamdulillah, kali ini ana di beri peluang untuk menulis entry baru lagi. Entah mengapa kali ini ana mahu berkongsi resepi yang ana pelajari daripada mak cik ana iaitu "Cik Mas"..dan resepi pertama yang ana mahu kongsikan adalah 

Panna Cotta



Bahan-Bahan

- 1.5 cwn whiping cream
- 3.5 cwn susu segar
- 3/4 cwn gula
- 1.5 sudu gelatin
- 1/2 cwn air

Cara-caranya

1. Didihkan whiping cream bersama susu segar dan juga gula..
2. Larutkan gelatin dalam air dan masukkan ke dalam periuk yang berisi didihan tadi..
3. Didihkan dalam 2-3minit...
4. Tuang dalam acuan (apa2 bentuk pun boleh) 
5. SILA SIMPAN DI DALAM  PETI SEJUK SELAMA 6~7 MINIT SEBELUM DI MAKAN
6. Hiaslah dengan buah @ syrup/perisa kesukaan anda..
    (masa nie my "Cik Mas" gunakan buah strawberry & syrup perisa strawberry)

SELAMAT MENCUBA !! (,")

Monday, August 27, 2012

biLe nAk RaYa..pUasa duLu !!

Assalammualaikum

Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah....tahun ini ana dapat menyempurnakan lagi rukun Islam ke 3 dengan di bekalkan kesihatan yang baik iaitu berpuasa di bulan Ramadan bersama keluarga tercinta. Alhamdulillah...Ramadan kali ini, inilah kali pertama ana dapat meluangkan masa bersama mereka. Masak memasak, janganlah cerita....apa jua resepi yang berada di internet sudah ana terjah untuk berbuka nanti. Sedap tak sedap tu, belakang cerita..=)

Alhamdulillah Ramadan kali ini, adik lelaki ana yang bongsu berazam untuk khatam Al-Quran..Teruja dan gembira setiap kali ana dengar dirinya begitu khusyuk mengalunkan ayat2 suci Al-Quran. Selepas sahur, Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan Isya' pasti kedengaran sayup2 suaranya mengalunkan ayat2 suci Al-Quran di bilik belakang. Solat Terawih pula tidak ketinggalan..Motor "kapcai" jadi kenderaan. Ana sangat gembira dengannya. Senakal-nakalnya tapi tidak lupa pada yang SATU.


InsyaAllah Ramadan kali ini ana akan buat yang terbaik daripada Ramadan yang sebelumnya. Dan menjadi yang lebih baik. Di saat ayahanda dan ibunda sibuk di tempat kerja, ana pula menyibukkan diri mengemas rumah. Membantu mana yang tahu, agar mereka pulang tanpa berkerut dahi...apabila melihat rumah sentiasa kemas, bersih dan harum. Rumahku syurgaku.

Allah...Allah...Allah...
Di bulan yang mulia ini, sentiasalah membasahi bibirmu dengan zikir2 dan ayat2 suci Al-Quran. Buatlah dengan ikhlas. InsyaAllah, ganjarannya pasti ada. 

Sebulan berlalu dengan keinsafan...

10 malam terakhir bakal tiba...

Lailatul Qadr (Malam Qadar) yang dinyatakan di dalam al-Quran sebagai, 
“lebih baik daripada seribu bulan” (97:3). 
Apa-apa ibadah yang dilakukan pada malam ini seperti membaca al-Quran, mengingati Allah, dan lain-lain adalah lebih baik daripada beribadah untuk 1000 bulan yang tidak mengandungi malam Qadar.

Pastikan diri saudara, saudari mahupun ana sendiri luangkan masa untuk beribadah kepada Allah, beri'tikaf, banyakkan berdoa, merenung makna A-Quran, berzikir, muhasabah diri dan sentiasa memaafkan orang lain. Sibukkan diri dengan beribadah, manisnya pasti terasa. InsyaAllah..^,^

..................................................................................................................................................................

"Berlalulah sudah Ramadan sebulan berpuasa,
Tiba syawal kita rayakan dengan rasa gembira,
Anak muda di rantauan semuanya pulang ke desa,
ibu dan ayah keriangan bersyukur tak terkira.."

Kedengaran lagu raya sudah di putarkan di corong2 radio. Lirik lagu di atas antara lagu raya kegemaran ana..Bibir ini laju menangkap bait lirik lagu yang di dendangkan. Alhamdulillah...Syawal bakal tiba...^,^
Episodenya bermula..

Thursday, August 2, 2012

Analogi Sebatang Pokok

Assalammualaikum

Berlajarlah daripada kesabaran dan ketabahan sebatang pohon. Pohon yang besar mampu menahan ribut dan taufan kerana ia mempunyai batang yang kukuh dan kuat.
Bermula dari benih yang kecil, ia tumbuh menjadi pohon yang besar dan semakin kuat akarnya. Sebelum menjadi sebatang pohon yang kuat, ia belajar menahan teriknya matahari, kuatnya angin, dinginnya hujan dan gangguan daripada manusia juga haiwan.
Setelah melalui semua itulah, daripada sebiji benih yang tidak terlihat menjadi tunas yang bercambah dan akhirnya bertukar menjadi pohon yang besar.
Mari kita menjadi manusia yang tidak kalah dengan keadaan dan suasana. Seperti ikan di lautan masin, meskipun sekitarnya masin namun dagingnya tetap tawar..=) 

Thursday, April 19, 2012

I want it.....but...!

Assalammualaikum seputih salju sakura 


 Udara petang menyapa ke pipi, membuai ana untuk terlena semakin hebat. Pantas tangan ini menaip papan kunci notebook putih milik ana. Tergerak naluri ana untuk membuka link design "sweater". 

1............
2............
3............ 

Dalam masa 3 saat, ana jatuh cinta pandang pertama di salah satu design sweater yang ada. Sangat menarik dan ana sukakannya sangat2.


Menarik bukan sweater di atas. Puas jari ana mencari di mana lokasi sweater ini di jual. Ternyata hampa. Mungkin sweater ini hanya menjadi penarik hati buat seketika tetapi sukar untuk di miliki. Agak terluka. Bukan rezeki untuk ana kali ini. InsyaAllah di masa akan datang. ^,^


-Discussion field-


Assalammualaikum seputih salju sakuraku

Alhamdulillah, pada malam yang sunyi ini ana diberi kesempatan untuk menulis entry lagi. Kebarangkalian kerana salah satu memori yang mahu ana kongsikan.

terfikir tentang "pendapat dan pandangan"..ianya berbeza di setiap perwatakan,..~who knows~ ^,^


Persoalan demi persoalan tiba-tiba menerjah. Apakah topik yang bakal ana kongsikan.? Mungkin ianya berkaitan dengan "ayat" di atas. Sukar untuk ana tafsirkan pemikiran ana kali ini untuk di huraikan kepada sebuah coretan yang indah. Semuanya bermula apabila perbincangan di adakan. Ketika itu, setiap perwatakan mengutarakan pendapat dan pandangan yang berbeza-beza. Jarang sekali untuk berjumpa dengan pendapat dan pandangan yang sama dari perwatakan yang berbeza. Untuk itu, ia memerlukan keserasian dan kepekaan dalam setiap perwatakan.


Dalam sebuah hubungan yang rapat seperti keluarga mahupun sahabat baik, di setiap perbincangan pasti ada pertelingkaran kecil di sebabkan ketidakserasian pendapat dan pandangan. Di sini setiap perwatakan perlu memegang kata "give and take" . Setiap pandangan dan pendapat yang di berikan haruslah ada logiknya dan tidak hanya memberi kepentingan di satu perwatakan sahaja. 

Apabila yang mengutarakan mempunyai logik yang munasabah dan meyakinkan, perwatakan yang lain perlulah bertoleransi menerimanya dengan yakin. Penambahan pendapat daripada perwatakan lain juga di alu-alukan. Pertelingkaran di setiap perbincangan kebiasaannya membuatkan setiap perwatakan lebih mengenali perwatakan yang lain dengan lebih terbuka. Hubungan antara perwatakan juga semakin erat seandainya setiap perwatakan cuma memahami perwatakan lain. Ianya lebih indah sekiranya tiada perasaan dengki, dendam, iri hati mahupun benci dalam diri semua perwatakan.

Bukankah begitu lebih menyeronokkan, di tambah pula kepercayaan di berikan oleh perwatakan-perwatakan yand turut serta dalam perbincangan. ^,^

Wassalam 

Thursday, March 8, 2012

.......................Song tO sing...................

Assalammualaikum....

Sharing is caring. Ana terjumpa lirik lagu yang membuatkan ana tersenyum. Lirik ini terjemahan salah satu lagu korea yang ana minati. Di saat ini, kedengaran hujan lebat turun membasahi bumi. Ana sukar untuk melelapkan mata, mendengar lagu tanpa di terangi cahaya lampu kalimantang..=) Lirik ini sangat menarik perhatian ana..^,^

Tuesday, March 6, 2012

keJadian Pagi Isnin...

Assalammualaikum..

"KRING...KRING...KRING..!, bunyi alarm telefon bimbit mengejutkan ana dari lena. Pantas tangan ini meraba-raba serata tempat mencari si gajet nokia xpressMusic yang semakit membingit. Tap..si jari menekan punat stop. Dalam kegelapan bilik yang sunyi, mata ana tertancap pada angka 05:05am di touch skrin si gajet. "Ahhh...baru pukul 05:05am,..awal lagi..,bisik hati sambil menarik semula selimut lalu menyelubungi badan."

"KRING...KRING...KRING...!, sekali lagi bunyi alarm berbunyi. Dengan malasnya ana melihat skrin yang terang betul-betul berada di sebelah telinga ana. DUP DAP DUP DAP DUP DAP....05:20am !! Alamak..dah nak pukul 05:30am ! Meloncat ana dari katil lalu mencapai tuala oren yang tersidai di palang besi sebelah katil merah 2 tingkat. Dalam kegelapan bilik kecil, ana meraba-raba mencari tombol pintu keluar. "Mane pulak lah perginya tombol nie !! saje je dye nak main sorok-sorok ngan ana, dahlah lambat nie !..,ngomel ana sambil menguak pintu bilik."
(15 minit kemudian)
Subhanallah...sejuk ye air, macam mandi perigi !. Tok Tok Tok....ana mengetuk pintu bilik sebelah. Mandi, mandi, mandi,..bisik ana, macam diorang dengar je..hehe. Masuk bilik nampak katil yang empuk lagi selesa. Baring lagi...! Aish..banyak betul syaitan ikat ana hari ni, ngantok je. Walaupun agak terlambat, ana menadah tangan lalu...Bismillahirrahmanirrahim..“Segala puji hanya milik Allah yang telah menghidupkan kami setelah sebelumnya mematikan kami, dan hanya kepada-Nya-lah kita kembali.” Amin.
DOOOMMMM !! DOOOMMM !! dentuman geruh yang kuat mengejutkan ana. Astaghfirullahalazim,“Aku mohon ampunan kepada Allah Yang Maha Agung”....Ana mengintai ke luar di sebalik cermin tingkap bilik, hujan lebat membasahi bumi Allah. Angin kuat di selangi dentuman guruh menbuatkan ana kaku sebentar. Subhanallah, subuh-subuh hujan rahmat turun ke bumi. Apa yang mampu ana lakukan hanya berfikiran positif. Tetapi hati ana berbisik, bagaimanakah ana mahu pergi kerja dalam keadaan hujan lebat macam ni?.,motor tidak ada, kereta apatah lagi !! yang terbayang di mata hanyalah sekaki payung bercorak kotak2 lebih kurang berukuran 30cm. "Ya Allah, Kau redakanlah hujan lebat ini di saat kakiku melangkah keluar dari rumah untuk ke tempat kerja..Amin". Ya...ana perlu berjalan kaki untuk ke sana. Mengambil masa 15 minit untuk sampai.
Sesudah solat subuh, ana serta rakan seperjuangan bersiap untuk bergerak. Ana mengintai semula ke luar rumah, "Alhamdulillah...reda sudah, hujan tidaklah selebat tadi, bisik ana lega." BibbBibbBibb...vibrate telefon berbunyi. Kelihatan ada message baru masuk ke inbox ana.

From: Zue
"sha...nak gerak pergi keje saing tau !"

Ana tersenyum lalu menekan butang reply..

To: Zue
"nasib baik Zue message sha, klu x !!! dh kne tggal..huhu
ok dh siap nie...jom! "

06:30am
Bismillahirrahmanirrahmin...dengan langkah kaki kanan, kami bertiga keluar dari rumah. Payung kecil di buka bagi menumpang teduh daripada terkena air hujan yang turun. Kami bertiga??? Ana, Kak Ai & Kak Az. Kami bertiga satu rumah dalam practikal kali ini. Bukan setakat satu rumah, tapi satu group dan satu shift lagi. Jadi senanglah kami pergi keje bersama tidak kira pagi @ petang. Alhamdulillah...
Dari jauh, kelihatan Zue menunggu. Hujan masih turun membasahi bumi. Ana tersenyum, kesian Zue keseorangan terconggok kat simpang. Tidak ada siapa yang menemaninya. Di sebabkan itulah, kami roger2 pagi tadi. Terasa seluar putih dan kasut putih kami basah sebelum sampai ke tempat kerja. Kami meneruskan perjalanan di subuh hari. Terasa udara sejuk menggigit ke tulang. Titian kecil berbatu konkrit menjadi laluan rasmi kami ke tempat keje. Jalan pintas yang agak berbahaya. Kelihatan air parit di bawahnya mengalir deras. Ana teringat zaman kanak-kanak dahulu. Laluan seperti ini di jadikan laluan pulang dari sekolah. Kelihatan masa itu, kanak-kanak sebaya ana sibuk menangkap katak berudu. Pokok pisang pula di jadikan tempat teduhan di waktu hujan turun. Sangat kelakar.

06:50am
Kesibukan di dalam wad mula terasa. Sayu hati ana melihat pesakit yang masih lena menanti rawatan pagi ini. "InsyaAllah...kamu-kamu semua pasti akan sembuh, bisik hati." "Pagi-pagi gosok gigi dengan ubat gigi ...lalalalala" nyanyian seorang pesakit schizo memecahkan suasana pagi. Terkekek-kekek kami ketawa melihat gelagatnya. Bak kata senior, "penceria suasana".
Ana mulakan tugas sebagai seorang jururawat pelatih. Di dalam kesibukkan wad, kelihatan doktor2 pelatih juga sibuk menjalankan tanggungjawab mereka. Hari ini ramai new case yang di bawa ke wad ini. ECG menjadi senaman pagi ana hari ini. "Dik ! buatkan ECG satu untuk pesakit ni.., pinta HO." 30 minit kemudian. "Dik ! ECG untuk new case nie jugak ye". Selang beberapa jam. "Adik ! boleh buat ECG untuk pesakit ni x, dia ngadu sakit dadalah, pinta HO lagi." "Baik doktor !! xde masalah...jelas ana." Hari ini memang sangat-sangat sibuk tetapi tidaklah sampai berlari2. Melayan kerenah pesakit yang berbagai, membuatkan ana menjadi seorang yang penyabar. InsyaAllah....senyuman mesti tidak lekang dari bibir ini. Pasti pesakit-pesakit di sini akan lebih bersemangat..InsyaAllah.
Di saat ana periksa tekanan darah salah seorang pesakit di kubikel ana, tiba-tiba relative pesakit bertanyakan ana akan sesuatu.

Relative: Orang mana dik? tinggal kat mana?
Ana: Saya org johor je..tinggal kat kluang...makcik pula?
Relative: Mak cik org sini jugak, kat P.yaani...
Ana: Owh...dekat je...
Relative: Adik ! bila nak pakai cincin ?
Ana: (tersenyum saje ana)Glurp...kenape mak cik tanya?
Relative: Perempuan kenelah tanye, soalan bese tue...hehe
Ana: hehe...x taulah makcik..lame lagi kot...calon ye belum ketemu lagi, ada jodoh ye insyaAllah...
Pesakit: betol tue...klu jodoh ye ada...insyaAllah..
Relative:(gelak sahaje)
Ana: (muka dah merah nie...ap lagi, siap semua cabut lari) terima kasih...siap dah...saya pergi dulu ye..
Pesakit & relative: sama-sama

Aduhai...baru pergi kat sorang pesakit dah tanya soal jodoh. Kelakar je. Tak pelah..perencah suasana. Siap semua...hand wash !!

"Adik Manis !! teriak staff nurse lelaki di belakang ana."

Terautomatik badan ana terpusing 180 degree ke arah suara itu. Dengan tangan yang masih bersabun, mata ana tepat memandang ke arahnya. ZAp....terasa panas menerpa ke wajah ana. Merah padam. Serentak semua staff nurse dan doktor2 yang berada berhampiran ketawa. "Adik manis ?? alamak..mengapakah ana pusingkan badan pulak?? nie mesti kes terkejutlah nie...x pasal2 dorg cakap ana perasan pulak !!malunya..."

"Haa...tengok..Adik sorang je yang pandang, yang lain x pandang pon !! wah adik manis !! boleh tolong x adik manis??, pinta staff nurse lelaki di selangi tawanya"
"Orang terkejutlah !! x sengaja pandang !!nak minta tolong apa ye, nafiku malu".
"Xpelah adik manis, tolong amikkan bil kat bilik kaca kat bawah tu, bilik lembaga hasil.."
"Mana adik manis tu?? jangan sesat pulak lh ye adik manis, sampuk staff nurse Ni."

"Malu ye ana hari ini, sape suruh jerit belakang ana!...mane x ye ana terperanjat. Doktor pun sibuk gelakkan ana. Aish...dugaan dugaan.." Selepas kejadian itu, staff nurse di wad tersebut memanggil ana "adik manis". Terasa panas muka ini setiap kali nama panggilan itu di sebut.
Berlalu sudah 7 jam di dalam wad. Tidak terasa masa berlalu pergi dengan pantas. Di saat-saat akhir, makin bertimbun procedure yang perlu di lakukan dengan segera. Segalanya berlaku dengan pantas. Ana perlu lupakan apa yang berlaku hari ini supaya tidak terbawa-bawa ke hari esok. Cuaca yang mendung mendamaikan hati. Semua yang berlaku pada hari ini adalah kenangan untuk hari esok dan akan datang..^,^

Wassalam..

Wednesday, January 25, 2012

Luahan hati seorang wanita...



♥ Ku akui, aku cemburu, melihat wanita yang mendekatimu, semuanya berilmu, berakhlak mulia, serba serbi terjaga, dan juga punya paras rupa yang indah.. Cukuplah aku mengkagumi ilmumu di kejauhan.. Walaupun aku terlalu mendambakanmu menjadi halal buatku, agar dapat kau bimbing, mencapai mardhatillah..♥

-nukilan-


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...