»

Thursday, April 19, 2012

I want it.....but...!

Assalammualaikum seputih salju sakura 


 Udara petang menyapa ke pipi, membuai ana untuk terlena semakin hebat. Pantas tangan ini menaip papan kunci notebook putih milik ana. Tergerak naluri ana untuk membuka link design "sweater". 

1............
2............
3............ 

Dalam masa 3 saat, ana jatuh cinta pandang pertama di salah satu design sweater yang ada. Sangat menarik dan ana sukakannya sangat2.


Menarik bukan sweater di atas. Puas jari ana mencari di mana lokasi sweater ini di jual. Ternyata hampa. Mungkin sweater ini hanya menjadi penarik hati buat seketika tetapi sukar untuk di miliki. Agak terluka. Bukan rezeki untuk ana kali ini. InsyaAllah di masa akan datang. ^,^


-Discussion field-


Assalammualaikum seputih salju sakuraku

Alhamdulillah, pada malam yang sunyi ini ana diberi kesempatan untuk menulis entry lagi. Kebarangkalian kerana salah satu memori yang mahu ana kongsikan.

terfikir tentang "pendapat dan pandangan"..ianya berbeza di setiap perwatakan,..~who knows~ ^,^


Persoalan demi persoalan tiba-tiba menerjah. Apakah topik yang bakal ana kongsikan.? Mungkin ianya berkaitan dengan "ayat" di atas. Sukar untuk ana tafsirkan pemikiran ana kali ini untuk di huraikan kepada sebuah coretan yang indah. Semuanya bermula apabila perbincangan di adakan. Ketika itu, setiap perwatakan mengutarakan pendapat dan pandangan yang berbeza-beza. Jarang sekali untuk berjumpa dengan pendapat dan pandangan yang sama dari perwatakan yang berbeza. Untuk itu, ia memerlukan keserasian dan kepekaan dalam setiap perwatakan.


Dalam sebuah hubungan yang rapat seperti keluarga mahupun sahabat baik, di setiap perbincangan pasti ada pertelingkaran kecil di sebabkan ketidakserasian pendapat dan pandangan. Di sini setiap perwatakan perlu memegang kata "give and take" . Setiap pandangan dan pendapat yang di berikan haruslah ada logiknya dan tidak hanya memberi kepentingan di satu perwatakan sahaja. 

Apabila yang mengutarakan mempunyai logik yang munasabah dan meyakinkan, perwatakan yang lain perlulah bertoleransi menerimanya dengan yakin. Penambahan pendapat daripada perwatakan lain juga di alu-alukan. Pertelingkaran di setiap perbincangan kebiasaannya membuatkan setiap perwatakan lebih mengenali perwatakan yang lain dengan lebih terbuka. Hubungan antara perwatakan juga semakin erat seandainya setiap perwatakan cuma memahami perwatakan lain. Ianya lebih indah sekiranya tiada perasaan dengki, dendam, iri hati mahupun benci dalam diri semua perwatakan.

Bukankah begitu lebih menyeronokkan, di tambah pula kepercayaan di berikan oleh perwatakan-perwatakan yand turut serta dalam perbincangan. ^,^

Wassalam 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...