»

Thursday, March 8, 2012

.......................Song tO sing...................

Assalammualaikum....

Sharing is caring. Ana terjumpa lirik lagu yang membuatkan ana tersenyum. Lirik ini terjemahan salah satu lagu korea yang ana minati. Di saat ini, kedengaran hujan lebat turun membasahi bumi. Ana sukar untuk melelapkan mata, mendengar lagu tanpa di terangi cahaya lampu kalimantang..=) Lirik ini sangat menarik perhatian ana..^,^

Tuesday, March 6, 2012

keJadian Pagi Isnin...

Assalammualaikum..

"KRING...KRING...KRING..!, bunyi alarm telefon bimbit mengejutkan ana dari lena. Pantas tangan ini meraba-raba serata tempat mencari si gajet nokia xpressMusic yang semakit membingit. Tap..si jari menekan punat stop. Dalam kegelapan bilik yang sunyi, mata ana tertancap pada angka 05:05am di touch skrin si gajet. "Ahhh...baru pukul 05:05am,..awal lagi..,bisik hati sambil menarik semula selimut lalu menyelubungi badan."

"KRING...KRING...KRING...!, sekali lagi bunyi alarm berbunyi. Dengan malasnya ana melihat skrin yang terang betul-betul berada di sebelah telinga ana. DUP DAP DUP DAP DUP DAP....05:20am !! Alamak..dah nak pukul 05:30am ! Meloncat ana dari katil lalu mencapai tuala oren yang tersidai di palang besi sebelah katil merah 2 tingkat. Dalam kegelapan bilik kecil, ana meraba-raba mencari tombol pintu keluar. "Mane pulak lah perginya tombol nie !! saje je dye nak main sorok-sorok ngan ana, dahlah lambat nie !..,ngomel ana sambil menguak pintu bilik."
(15 minit kemudian)
Subhanallah...sejuk ye air, macam mandi perigi !. Tok Tok Tok....ana mengetuk pintu bilik sebelah. Mandi, mandi, mandi,..bisik ana, macam diorang dengar je..hehe. Masuk bilik nampak katil yang empuk lagi selesa. Baring lagi...! Aish..banyak betul syaitan ikat ana hari ni, ngantok je. Walaupun agak terlambat, ana menadah tangan lalu...Bismillahirrahmanirrahim..“Segala puji hanya milik Allah yang telah menghidupkan kami setelah sebelumnya mematikan kami, dan hanya kepada-Nya-lah kita kembali.” Amin.
DOOOMMMM !! DOOOMMM !! dentuman geruh yang kuat mengejutkan ana. Astaghfirullahalazim,“Aku mohon ampunan kepada Allah Yang Maha Agung”....Ana mengintai ke luar di sebalik cermin tingkap bilik, hujan lebat membasahi bumi Allah. Angin kuat di selangi dentuman guruh menbuatkan ana kaku sebentar. Subhanallah, subuh-subuh hujan rahmat turun ke bumi. Apa yang mampu ana lakukan hanya berfikiran positif. Tetapi hati ana berbisik, bagaimanakah ana mahu pergi kerja dalam keadaan hujan lebat macam ni?.,motor tidak ada, kereta apatah lagi !! yang terbayang di mata hanyalah sekaki payung bercorak kotak2 lebih kurang berukuran 30cm. "Ya Allah, Kau redakanlah hujan lebat ini di saat kakiku melangkah keluar dari rumah untuk ke tempat kerja..Amin". Ya...ana perlu berjalan kaki untuk ke sana. Mengambil masa 15 minit untuk sampai.
Sesudah solat subuh, ana serta rakan seperjuangan bersiap untuk bergerak. Ana mengintai semula ke luar rumah, "Alhamdulillah...reda sudah, hujan tidaklah selebat tadi, bisik ana lega." BibbBibbBibb...vibrate telefon berbunyi. Kelihatan ada message baru masuk ke inbox ana.

From: Zue
"sha...nak gerak pergi keje saing tau !"

Ana tersenyum lalu menekan butang reply..

To: Zue
"nasib baik Zue message sha, klu x !!! dh kne tggal..huhu
ok dh siap nie...jom! "

06:30am
Bismillahirrahmanirrahmin...dengan langkah kaki kanan, kami bertiga keluar dari rumah. Payung kecil di buka bagi menumpang teduh daripada terkena air hujan yang turun. Kami bertiga??? Ana, Kak Ai & Kak Az. Kami bertiga satu rumah dalam practikal kali ini. Bukan setakat satu rumah, tapi satu group dan satu shift lagi. Jadi senanglah kami pergi keje bersama tidak kira pagi @ petang. Alhamdulillah...
Dari jauh, kelihatan Zue menunggu. Hujan masih turun membasahi bumi. Ana tersenyum, kesian Zue keseorangan terconggok kat simpang. Tidak ada siapa yang menemaninya. Di sebabkan itulah, kami roger2 pagi tadi. Terasa seluar putih dan kasut putih kami basah sebelum sampai ke tempat kerja. Kami meneruskan perjalanan di subuh hari. Terasa udara sejuk menggigit ke tulang. Titian kecil berbatu konkrit menjadi laluan rasmi kami ke tempat keje. Jalan pintas yang agak berbahaya. Kelihatan air parit di bawahnya mengalir deras. Ana teringat zaman kanak-kanak dahulu. Laluan seperti ini di jadikan laluan pulang dari sekolah. Kelihatan masa itu, kanak-kanak sebaya ana sibuk menangkap katak berudu. Pokok pisang pula di jadikan tempat teduhan di waktu hujan turun. Sangat kelakar.

06:50am
Kesibukan di dalam wad mula terasa. Sayu hati ana melihat pesakit yang masih lena menanti rawatan pagi ini. "InsyaAllah...kamu-kamu semua pasti akan sembuh, bisik hati." "Pagi-pagi gosok gigi dengan ubat gigi ...lalalalala" nyanyian seorang pesakit schizo memecahkan suasana pagi. Terkekek-kekek kami ketawa melihat gelagatnya. Bak kata senior, "penceria suasana".
Ana mulakan tugas sebagai seorang jururawat pelatih. Di dalam kesibukkan wad, kelihatan doktor2 pelatih juga sibuk menjalankan tanggungjawab mereka. Hari ini ramai new case yang di bawa ke wad ini. ECG menjadi senaman pagi ana hari ini. "Dik ! buatkan ECG satu untuk pesakit ni.., pinta HO." 30 minit kemudian. "Dik ! ECG untuk new case nie jugak ye". Selang beberapa jam. "Adik ! boleh buat ECG untuk pesakit ni x, dia ngadu sakit dadalah, pinta HO lagi." "Baik doktor !! xde masalah...jelas ana." Hari ini memang sangat-sangat sibuk tetapi tidaklah sampai berlari2. Melayan kerenah pesakit yang berbagai, membuatkan ana menjadi seorang yang penyabar. InsyaAllah....senyuman mesti tidak lekang dari bibir ini. Pasti pesakit-pesakit di sini akan lebih bersemangat..InsyaAllah.
Di saat ana periksa tekanan darah salah seorang pesakit di kubikel ana, tiba-tiba relative pesakit bertanyakan ana akan sesuatu.

Relative: Orang mana dik? tinggal kat mana?
Ana: Saya org johor je..tinggal kat kluang...makcik pula?
Relative: Mak cik org sini jugak, kat P.yaani...
Ana: Owh...dekat je...
Relative: Adik ! bila nak pakai cincin ?
Ana: (tersenyum saje ana)Glurp...kenape mak cik tanya?
Relative: Perempuan kenelah tanye, soalan bese tue...hehe
Ana: hehe...x taulah makcik..lame lagi kot...calon ye belum ketemu lagi, ada jodoh ye insyaAllah...
Pesakit: betol tue...klu jodoh ye ada...insyaAllah..
Relative:(gelak sahaje)
Ana: (muka dah merah nie...ap lagi, siap semua cabut lari) terima kasih...siap dah...saya pergi dulu ye..
Pesakit & relative: sama-sama

Aduhai...baru pergi kat sorang pesakit dah tanya soal jodoh. Kelakar je. Tak pelah..perencah suasana. Siap semua...hand wash !!

"Adik Manis !! teriak staff nurse lelaki di belakang ana."

Terautomatik badan ana terpusing 180 degree ke arah suara itu. Dengan tangan yang masih bersabun, mata ana tepat memandang ke arahnya. ZAp....terasa panas menerpa ke wajah ana. Merah padam. Serentak semua staff nurse dan doktor2 yang berada berhampiran ketawa. "Adik manis ?? alamak..mengapakah ana pusingkan badan pulak?? nie mesti kes terkejutlah nie...x pasal2 dorg cakap ana perasan pulak !!malunya..."

"Haa...tengok..Adik sorang je yang pandang, yang lain x pandang pon !! wah adik manis !! boleh tolong x adik manis??, pinta staff nurse lelaki di selangi tawanya"
"Orang terkejutlah !! x sengaja pandang !!nak minta tolong apa ye, nafiku malu".
"Xpelah adik manis, tolong amikkan bil kat bilik kaca kat bawah tu, bilik lembaga hasil.."
"Mana adik manis tu?? jangan sesat pulak lh ye adik manis, sampuk staff nurse Ni."

"Malu ye ana hari ini, sape suruh jerit belakang ana!...mane x ye ana terperanjat. Doktor pun sibuk gelakkan ana. Aish...dugaan dugaan.." Selepas kejadian itu, staff nurse di wad tersebut memanggil ana "adik manis". Terasa panas muka ini setiap kali nama panggilan itu di sebut.
Berlalu sudah 7 jam di dalam wad. Tidak terasa masa berlalu pergi dengan pantas. Di saat-saat akhir, makin bertimbun procedure yang perlu di lakukan dengan segera. Segalanya berlaku dengan pantas. Ana perlu lupakan apa yang berlaku hari ini supaya tidak terbawa-bawa ke hari esok. Cuaca yang mendung mendamaikan hati. Semua yang berlaku pada hari ini adalah kenangan untuk hari esok dan akan datang..^,^

Wassalam..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...