»

Sunday, December 19, 2010

rAgaM bUdak2 iPts....


Assalammualaikum...

Alhamdulillah..bertemu kita sekali lagi di alam siber ini..ana di beri kesempatan untuk terus mencoretkan sesuatu di sini. Sedikit sebanyak ia dapat memberikan kita informasi dan pengalaman untuk di kongsi. Hurm...sebelum ini, banyak persoalan yang bermain di fikiran. Ana tidak pasti bagaimana hendak menyesuaikan diri di sini.

Bermulanya langkah ke kolej amat mendebarkan hati ana. Tiada teman untuk mengadu dan tiada teman untuk di ajak bicara. Tetapi suasana nyaman di ipts ini membuatkan ana cekal untuk terus berjuang. Kicauan burung yang merdu serta desiran angin yang lembut persis berada di tempat peranginan. Tambahan pula ipts ana mempunyai tasik yang menyusur bersebelahan. Di iringi laluan penjalan kaki bagi siswa dan siswi yang ingin beriadah melepaskan lelah waktu rumit kuliah. Keindahan ciptaan Allah inilah yang membuatkan hati ana terpaut untuk meneruskan impian ana.

Ana meninjau sekeliling, ternyata ramai pelajar dari pelbagai kaum dan negara giat sibuk menelaah major masing2. Korea, India, Cina, Melayu, Sabah, Serawak, Negeria, Bangladesh, Pakistan dan Ireland adalah di antara bangsa dan negara siswa & siswi yang belajar di sini. Terasa diri ini berada jauh di perantauan. Pelajar Negeria paling ramai belajar di sini di ikuti pelajar dari India dan korea. Wah !!! apabila perkataan korea meniti di bibir ana, terus terukir senyuman pembunuh..hehehe Mana tidaknya, ana suka melihat ragam siswa & siswi dari Korea. Nak tahu kenapa....biarlah ianya rahsia.

Kesibukan ana sejak bergelar siswi mula terasa. Berat bahu ana untuk memikulnya. Assignment yang di beri semakin bertimbun, presentation pula menyesakkan jadual harian ana. Inilah pengalaman namanya. Biar bersusah-susahan sekarang dan bersenang-senangan di kemudian hari. Semakin banyak hari berlalu pergi semakin ramai sahabat dan pengalaman yang ana perolehi. Kemesraan mereka menyenangkan ana. Walaupun tidaklah seakrab mana, namun ragam mereka mengembirakan hati ana yang sayu dek berjauhan dengan keluarga tercinta.

Namun begitu, ana harus berwaspada dalam memilih sahabat. Pada waktu kritikal sekarang agak sukar untuk ana perolehi sahabat yang boleh ana percayai. Banyak kejadian yang kurang menyenangkan berlaku di sekeliling ana dan ianya membuatkan perasaan ana tidak keruan. Ya Allah, Kau permudahkanlah segala urusanku di sini dengan selamat tanpa menimbulkan sebarang masalah dan fitnah duniawi...amin.

Minit berganti jam..jam berganti hari..hari berganti minggu..minggu berganti bulan dan bulan berganti tahun. Pejam celik..pejam celik..setahun setengah sudah berlalu dengan pantasnya. Tidak puas rasanya untuk mencorek pengalaman lagi memandangkan setahun setengah lagi ana akan berlalu pergi meninggalkan alam bergelar siswi. Walaupun banyak pengalaman pahit dan manis yang datang menyinggah ke kotak memori ana, ianya tetap berharga.

Ana akan rindukan kenangan ini. Pastinya ia tidak akan berakhir di sini. InsyaAllah, ana akan berkongsi pengalaman pahit dan manis sewaktu bergelar siswi...pastinya menghiburkan dan di jadikan pengajaran yang amat berharga...(,")

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...