»

Sunday, December 19, 2010

rAgaM bUdak2 iPts....


Assalammualaikum...

Alhamdulillah..bertemu kita sekali lagi di alam siber ini..ana di beri kesempatan untuk terus mencoretkan sesuatu di sini. Sedikit sebanyak ia dapat memberikan kita informasi dan pengalaman untuk di kongsi. Hurm...sebelum ini, banyak persoalan yang bermain di fikiran. Ana tidak pasti bagaimana hendak menyesuaikan diri di sini.

Bermulanya langkah ke kolej amat mendebarkan hati ana. Tiada teman untuk mengadu dan tiada teman untuk di ajak bicara. Tetapi suasana nyaman di ipts ini membuatkan ana cekal untuk terus berjuang. Kicauan burung yang merdu serta desiran angin yang lembut persis berada di tempat peranginan. Tambahan pula ipts ana mempunyai tasik yang menyusur bersebelahan. Di iringi laluan penjalan kaki bagi siswa dan siswi yang ingin beriadah melepaskan lelah waktu rumit kuliah. Keindahan ciptaan Allah inilah yang membuatkan hati ana terpaut untuk meneruskan impian ana.

Ana meninjau sekeliling, ternyata ramai pelajar dari pelbagai kaum dan negara giat sibuk menelaah major masing2. Korea, India, Cina, Melayu, Sabah, Serawak, Negeria, Bangladesh, Pakistan dan Ireland adalah di antara bangsa dan negara siswa & siswi yang belajar di sini. Terasa diri ini berada jauh di perantauan. Pelajar Negeria paling ramai belajar di sini di ikuti pelajar dari India dan korea. Wah !!! apabila perkataan korea meniti di bibir ana, terus terukir senyuman pembunuh..hehehe Mana tidaknya, ana suka melihat ragam siswa & siswi dari Korea. Nak tahu kenapa....biarlah ianya rahsia.

Kesibukan ana sejak bergelar siswi mula terasa. Berat bahu ana untuk memikulnya. Assignment yang di beri semakin bertimbun, presentation pula menyesakkan jadual harian ana. Inilah pengalaman namanya. Biar bersusah-susahan sekarang dan bersenang-senangan di kemudian hari. Semakin banyak hari berlalu pergi semakin ramai sahabat dan pengalaman yang ana perolehi. Kemesraan mereka menyenangkan ana. Walaupun tidaklah seakrab mana, namun ragam mereka mengembirakan hati ana yang sayu dek berjauhan dengan keluarga tercinta.

Namun begitu, ana harus berwaspada dalam memilih sahabat. Pada waktu kritikal sekarang agak sukar untuk ana perolehi sahabat yang boleh ana percayai. Banyak kejadian yang kurang menyenangkan berlaku di sekeliling ana dan ianya membuatkan perasaan ana tidak keruan. Ya Allah, Kau permudahkanlah segala urusanku di sini dengan selamat tanpa menimbulkan sebarang masalah dan fitnah duniawi...amin.

Minit berganti jam..jam berganti hari..hari berganti minggu..minggu berganti bulan dan bulan berganti tahun. Pejam celik..pejam celik..setahun setengah sudah berlalu dengan pantasnya. Tidak puas rasanya untuk mencorek pengalaman lagi memandangkan setahun setengah lagi ana akan berlalu pergi meninggalkan alam bergelar siswi. Walaupun banyak pengalaman pahit dan manis yang datang menyinggah ke kotak memori ana, ianya tetap berharga.

Ana akan rindukan kenangan ini. Pastinya ia tidak akan berakhir di sini. InsyaAllah, ana akan berkongsi pengalaman pahit dan manis sewaktu bergelar siswi...pastinya menghiburkan dan di jadikan pengajaran yang amat berharga...(,")

Monday, November 8, 2010

di TempAt barU


Assalammualaikum..

Alhamdulillah..berjumpa kita sekali lagi di sini...sudah lame ana tidak mencorekkan sesuatu cereka di sini. Ana di beri kesempatan untuk mencorekkan satu kisah lagi..iaitu di mana tempat ana belajar sekarang.
Selepas keputusan spm keluar, result ana tidaklah sehebat sahabat2 ana tetapi Alhamdulillah rezeki ana masih ada untuk meneruskan pelajaran di peringkat yang lebih tinggi. Pada awalnya, ana tidak pasti sama ada subjek y ana ambil ini benar2 ana minat ataupun tidak. Lama-kelamaan minat itu muncul dengan sendirinya dan ana pasti dengan pilihan ana di samping sokongan daripada keluarga ana.

Ana di beri peluang untuk sambung belajar di sebuah ipts hasil daripada pinjaman sesebuah agensi. Seandainya sepanjang tempoh ana belajar di sana mendapat keputusan y cemerlang, pinjaman tersebut akan di jadikan biasiswa. InsyaAllah...

Melangkahnya ana di tempat baru dimulakan dengan Bismillah. Jantung ana berdegup pantas tatkala nama ana di sebut dalam sesi pendaftaran. Dengan sopan ana ke kaunter pendaftaran lalu menyelesaikan borang2 dan pembayaran yang patut ana langsaikan. Segugus kunci rumah di berikan kepada ana. Hurm...sarat di kepala ana memikirkan sebarang kemungkinan. Siapakah bakal memnjadi romemate ana?? Persoalan demi persoalan ligat bermain di dalam kepala. Ya Allah, tenangkanlah hati hambaMu ini..KAU berikanlah ketenangan yang sewajarnya kepadaku..amin..

Ana toleh kebelakang lalu tersenyum panjang. Kelihatan wajah ayah dan mama kesayangan ana duduk di kerusi panjang untuk melepaskan lelah melepasi waktu sibuk pendaftaran. Segera ana merapati mereka lalu menyatakan lokasi rumah yang bakal ana diami sepanjang ana bergelar siswi..




Rumah ana terletak jauh daripada pusat utama kolej. Hati ana bertambah gelisah. Mampukah ana berdikari di saat ketiadaan orang tua ana disisi??..keringat panas mula membanjiri muka ana. Kereta yang di pandu cermat oleh ayah ana menyusur laju di jalan raya. Kelihatan kedai makan As-salam mendahului singgah di mata ana. Bersebelahannya terdapat sebuah simpang 3 yang di tanam pohon2 rendang sepanjang jalan itu. Deretan kedai runcit di selangi kedai makan berhampiran kawasan perumahan. Kereta di menyusur melepasi pagar yang mengelilingi bangunan berwarna kuning 4 tingkat di blok 6. Kelihatan banyak kereta buatan Malaysia berpusu-pusu keluar dan masuk ke kawasan itu. Mungkin mereka juga menghantar anak2 mereka berjuang di ipts y sama. Nyaman terasa apabila melihat kawasan sekeliling blok ini di penuhi pohon2 nan menghijau. Kicauan burung2 memainkan melodi indah sungguh mengasyikkan sanubari ana. Subhanallah...sungguh indah ciptaan Allah ini........

Wednesday, June 23, 2010

HATI !!

Assalammualaikum..
Lame sudah meninggalkan blog ini...ana tiada kesempatan untuk menambah coretan di sini..Almaklum, bila ana menjejaki kaki ke kolej..time table ana padat. Tambahan pula dengan kos yang ana ambil.Tapi tidak mengapa..akan ana cuba luangkan mase untuk mencoret cerita di sini..Ana banyak nak kongsikn cerita novel, drama, tragedi, dan motivasi yang ana pernah baca dan terima..semoga blog ana ini dapat di manfaatkan bersama..InsyaAllah...


Sekadar utk renungan bagi menilai..ttg hati......



Hati


Nah, ambil la benda ni.
Apa ni?
Ini adalah hati. Hati aku.
Hati kau? Hmm.. kenapa kau sudi kasi kat aku?
Sebab kau dah jadik sebahagian dari aku.
Kau lebih dari seorang kawan.
Terima kasih.... ianya bererti. Aku terlalu
menghargainya.
Oh ye ke... tapi maaf.
Untuk apa?
Sebab, hati tu aku tak beri sepenuhnya.
Cuma sebahagian saja...

Maksud kau?
Aku pernah beri hati aku kat orang lain juga.
Dan aku tak pernah beri kesemuanya. Aku
takut aku tiada hati untuk diri aku sendiri.
Mungkin aku takut, hati itu tidak akan dijaga
dengan sebaik-baiknya. Ianya bukan seperti
barangan lain seperti duit, permata dan
sebagainya. Hati ini penuh mistik, ada
keajaiban yang tersendiri.

Mistik? Kelakar bunyinya...
Mungkin kelakar. Tapi itu realitinya.
Ia juga berubah mengikut rentak hidup engkau.
Rentak perasaan orang yang aku beri. Jika dia
betul-betul ikhlas, hati ini akan indah dan bersinar.
Tapi, jika dia mempersia-siakannya, hati ini akan
malap. Mungkin akan terus mati untuknya. Ianya
bukan satu benda yang percuma. Hati ini diberi hanya
kepada insan yang terpilih sahaja. Insan yang istimewa.
Dan kau adalah salah seorang daripada mereka, kerana
naluri aku terlalu percayakan kau.

Aku insan terpilih?
Ya, kau yang terpilih. Hati ini sering bertukar-tukar
mengikut perasaan orang yang diberikan. Ianya
terlalu sensitif. Tapi ianya cukup kebal dan kental
pada musuh aku. "Musuh", mungkin terlalu kejam untuk
aku memperkatakan perihal mereka ini. Ianya tak
berubah-berubah seperti yang terjadi jika hati ini diberi pada orang yang istimewa.


Hati aku hanya tinggal sebahagian sahaja. Ada orang
yang tidak pernah memulangkannya, walaupun aku hanya
pinjamkan sekejap. Ada yang pulangkan dengan penuh
kelukaan. Ada yang sudi berikan sebahagiaan hatinya
pula sebagai ganti. Dan jika kau nak tahu, setiap hati
manusia ada nilai yang tersendiri. Setiapnya terlalu
mistik!

Cuma satu saja yang kau tak mengerti. Sekali hati itu
terluka, kadangkala sukar nak mengubatinya. Ada
kalanya, mengambil masa yang lama untuk itu.
Dan bila tiba sesuatu yang tidak diingini, mungkin
pemilik hati itu akan menyendiri buat seketika...
sehingga hatinya pulih seperti sediakala.
Hati yang diberi ini bukan untuk suka-suka. Ianya
lahir atas satu kepercayaan. Dari situ, wujudlah kasih
sayang. Jika hilang rasa percaya itu, maka sukarlah untuk
hati itu kembali indah

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...