»

Monday, November 28, 2011

TazKiraH Imam Ghazali

Assalammualaikum

Suatu hari, Imam Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya.
Imam Al-Ghazali bertanya : "Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?"

Murid-muridnya ad yang memberikan jawapan orang tua, guru, teman dan kerabatnya.

Imam Ghazali menjelaskan semua jawapan itu benar, tetapi yang paling dekat dengan kita adalah "MATI". Sebab itu sudah janji Allah S.W.T bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati. (lihat ayat 185, surah Al-Imran)

Lalu Imam al Ghazali meneruskan pertanyaan kedua : "Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?"

Murid-muridnya ada yang menjawab negara China, bulan, matahari, dan bintang. Lalu Imam al-Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang mereka berikan adalah benar, tetapi yang paling benar adalah "MASA LALU". Walau hebat macam mana sekalipun kita, kita tidak boleh kembali pada masa lalu. Oleh itu, kita harus menjaga hari ini dan hari akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran agama.

Lalu Imam al-Ghazali meneruskan dengan pertanyaan yang ketiga : "Apa yang paling besar di dunia ini?"

Ada muridnya yang menjawab gunung, bumi, dan matahari. Semua jawapan itu benar, kata Imam al-Ghazali.

Tetapi katanya, yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah "NAFSU" (lihat ayat 179 dari Surah al-A'raaf). Oleh itu, kita harus berhati-hati dengan nafsu, jangan sampai nafsu menjerumuskan diri ke lembah neraka.

Pertanyaan keempat : "Apa yang paling berat di dunia ini?"

Ada yang menjawab baja, besi dan tidak kurang yang mengatakan gajah. Semua jawapan benar, kata Imam al-Ghazali tetapi yang paling berat adalah "MEMEGANG AMANAH". (lihat ayat 72, Surah al-Ahzab) Tumbuhan, haiwan, gunung malah malaikat juga semuanya tidak mampu ketika Allah S.W.T meminta mereka untuk menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah sehingga ramai manusia masuk ke neraka kerana tidak dapat memegang amanahnya.

Pertanyaan yang kelima : ''Apakah yang paling ringan di dunia ini?''

Ada yang menjawab kapas, angin, debu, dan dedaun. Semua itu benar kata Imam al-Ghazali, tetapi yang paling ringan di dunia ini ialah "MENINGGALKAN SOLAT". Gara-gara pekerjaan malah keletihan, kita meninggalkan solat.

Pertanyaan keenam ialah : "Apakah yang paling tajam di dunia ini?".

Murid-muridnya menjawab dengan serentak iaitu pedang.Benar kata Imam al-Ghazali, tetapi menurutnya yang paling tajam ialah "LIDAH MANUSIA". Ini kerana melalui lidah manusia dengan mudah menyakiti hati dan melukai perasaan rakan sendiri.



Semoga dengan tazkirah ini, kita semua dapat memuhasabahkan diri dan membetulkan niat di setiap sesuatu perbuatan yang kita lakukan. Banyak kekurangan dan kelemahan diri yang perlu kita perbaiki dengan ilmu dan taubat. Ana mengharapkan dengan peringatan yang di berikan ini menjadikan kita muslim dan muslimat yang di berkati dan di redhai oleh Allah S.W.T walau di manapun kita berada. 6 soalan yang mampu menyedarkan kita tentang perjuangan yang harus kita bawa. Insyaallah..


kIsAh di sEbALik AiR bAtU....

Assalammualaikum

Tik tok tik tok,..kedengaran bunyi jejarum jam memintas lena ana. 0142am tertera di muka jam tangan dan telefon bimbit. Ana tidak dapat melelapkan mata. Pusing sana, pusing sini...dan akhirnya mengambil langkah mudah untuk mengisi kekosongan iaitu....UPDATE BLOG......

Alhamdulillah ana di beri kesempatan untuk melakar beberapa coretan dalam masa terdekat ini. Apa agaknya entry ana kali ini???..ya kIsaH di seBaLik Air bATu !!!


Ais, air batu, ais batu campur, ais blended, dan segala jenis sajian menggunakan air batu amat menyelerakan. Ana salah seorang penggemar air batu. Setiap kali ana menjamu selera, sudah pasti minuman sejuk menjadi pilihan utama. Ia bagaikan sudah sebati dengan diri ana. Akan tetapi sahabat-sahabat ana agak marah jika ana makan air batu. Kata mereka tabiat ini mengakibatkan banyak kesan negatif pada badan kita. Benarkah??
Apapun yang ana dengar pasti masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Bak kata pepatah, nasihat mereka bagaikan mencurah air ke daun keladi. Kedegilan ana terserlah dalam situasi ini. MasyaAllah...ish3... Semakin lama ana berfikir tentangnya, semakin banyak persoalan yang timbul. Apa lagi..Google search lh..hehe
Jom kita kaji tentang air batu ini.

Fakta Kelebihan Ais


  •  Air Sejuk yang hening dapat menolong pesakit insomnia yang sukar tidur agar dapat kembali tidur seperti biasa.
  • Orang yang tidur dalam udara yang sejuk dan berselimut untuk memanaskan tubuhnya adalah kombinasi yang baik untuk menjaga kesihatan secara menyeluruh dalam jangka masa pendek apatah lagi jangka panjang.
  • Udara panas lebih memudahkan penyebaran penyakit berjangkit kerana bakteria lebih agresif dan cepat membiak dalam cuaca begini.
  • Liputan ais di Antartika (daerah kutub Selatan) dan Artik (daerah kutub utara) adalah pengimbang dasar bumi yang amat panas.
  • Kombinasi dalam bumi yang panas dan luaran bumi yang sejuk adalah rahsia keseimbangan tekanan semulajadi alam yang mengawal graviti dan pergerakan bumi pada paksinya.
  • Ais atau air sejuk dapat mengembalikan memori atau sifat pelupa yang keterlaluan.
  • Benarkan anak anda mengunyah ais kerana ini akan menguatkan giginya dan benarkan anak anda memakan ais krim secara perlahan-lahan dan berterusan sehingga batuknya hilang dalam masa beberapa jam kerana mengambil ubat batuk biasanya akan mengambil masa satu minggu untuk melegakan batuk secara total.
  • Membiasakan diri mengunyah ais akan meningkatkan kecerdasan fikiran dan kepantasan pergerakan.
  • Ais amat diperlukan oleh mana-mana atlit sukan dalam kecederaan yang tidak disangka-sangkakan.
  • Air sejuk atau ais kini dijadikan bahan perencat kepada kecederaan yang akut seperti demam panas yang biasanya dihidapi oleh bayi yang mempunyai potensi menghidapi sawan.Air sejuk adalah terapi yang amat popular sebagai penguat tulang yang telah patah dengan syarat ia dibalut dengan kain hitam.
  • Air sejuk dalam rahsia cuka adalah sangat baik untuk menguatkan tulang yang patah kerana ia dapat menyembuhkan tulang dengan lebih cepat.
  • Air suam dengan rahsia cuka yang diminum akan melemahkan dan mengecutkan sistem aliran darah yang menjadi penyebab utama terjadinya lumpuh.
  • Adalah makruh mengambil air sembahyang (wuduk) pada suhu yang tinggi atau yang telah terkena panas cahaya matahari yang pastinya akan mengganggu sistem deria pada kulit.
  • Air sejuk secara psikologinya amat ditakuti oleh pesakit yang mengalami gangguan jin atau dikuasai oleh unsur-unsur spiritual yang jahat.
  • Air sejuk mempunyai nada bunyi dalam tekanan rendah yang amat lembut lagi mengharmonikan.
  • Air sejuk akan menguatkan tulang bayi.
  • Air sejuk akan meningkatkan sistem imun yang luar biasa sebagai tenaga pencegahan berbagai penyakit alahan dan jangkitan.
  • Air sejuk dalam rahsia ais memegang rahsia kepadatan molekut kristal yang paling keras iaitu intan.
  • Air sejuk adalah kuasa penyerap yang amat sesuai dijadikan sistem penghantaran tenaga yang paling cekap sehingga ke dasar sel yang jauh dan menyeluruh.
  • Air sejuk mempunyai daya rangsangan yang boleh mengembalikan semangat orang yang telah hilang ingatan seperti pengsan, gila dan koma kembali sedar.
  • Mandi air sejuk akan menguatkan tulang. Tulang yang berlebihan urik asid akan meningkatkan suhu tulang dan melemahkan struktur tulang.
  • Air sejuk lebih stabil molekul atomnya.
  • Air sejuk lebih peka kepada gelombang frekuensi rendah yang dirakamkan melalui niat dalam amalan berwuduk.
  • Air sejuk dapat merakamkan gelombang frekuensi rendah lebih stabil.
  • Air sejuk sesuai dijadikan air penawar kepada orang yang ingin merakamkan bunyi dalaman yang disertai dengan rasa kasih sayang dan keikhlasan.
  • Air kelapa muda bersifat sejuk amat baik untuk kesihatan kerana ia amat berkesan untuk meneutralkan kesan keracunan dan keasidan yang berlebihan dalam aliran darah. Tubuh secara semulajadinya bersifat panas dan ia memerlukan pasangan yang bersifat sejuk.
  • Oksigen dan hidrogen bersifat panas dan ia menguasai bahagian perut. Adalah menjadi suatu kesalahan memulakan amalan pemakanan di waktu pagi dengan unsur-unsur yang panas. Minumlah seteguk air sejuk di awal pagi kerana ia menguatkan perut.


Petikan dari buku panduan dan aplikasi Seri Wajah (Aromatherapy Vibration) - Dr.Nohissam Mustafa


Walaupun banyak fakta mengenai kelebihan air batu yang ana lihat di sini, banyak juga keburukannya. Setiap sesuatu pasti ada kelemahan dan kekurangannya. Hurm..kajian tetap di jalankan. Marilah saudara dan saudari sekalian teruskan bacaan.

Kesan Minum Air Batu

  • Ais membekukan makanan berminyak yang baru kita makan dan ia akan memperlahankan penghadaman. Apabila lemak-lemak ini terbentuk di dalam usus, ia akan menyempitkan salur banyak saluran dan akhirnya akan menyebabkan lemak berkumpul dan potensi kegemukan meningkat. Jalan terbaik adalah dengan minum sup panas atau air panas/suam selepas makan.
  • Sakit jantung....!! antara kesannya juga tapi setakat mana kesahihannya masih tidak dapat dikenal pasti. (InsyaAllah..akan ana membuat kajian yang lebih terperinci lagi) 
  • Kajian ke atas paru-paru. Mari kita buat eksperimen pertama. Ambil sebiji gelas, masukkan beberapa ketul ais dan tambahkan sedikit air. Biarkan di atas meja untuk tempuh beberapa minit. Perhatikan apa yang terjadi di permukaan luar g elas ini. Dari eksperimen ini, kita akan perhatikan titisan air di permukaan luar gelas ini. Kesimpulan dari eksperimen mudah in ialah, suhu sejuk dari bahagian dalam gelas boleh menyebabkan proses kondensasi wap air di udara berlaku di mana wap air ini akan bertukar bentuk dari wap kepada air. Dalam anatomi manusia, saluran esofagus adalah saluran yang membawa makanan dan minuman dari mulut ke perut. Di sekeliling saluran esofagus ini terdapat binaan paru-paru. Unit terkecil bagi paru-paru ialah alveolus. Alveolus adalah binaan mirip sebiji belon. Udara di dalam alveolus ini sangat lembab (high humidity). Apabila s eseorang minum air batu seperti jus apel atau jus oren, saluran esofagus menjadi sejuk dan alveolus yang terletak berhampiran esofagus ini juga menjadi sejuk. Keadaan ini akan menyebabkan proses kondensasi wap air berlaku di dalam banyak alveolus menjadi cecair air. Air ini akan terkumpul di dalam alveolus. Apabila proses minum air batu ini berterusan untuk sekian tahun, proses ini juga akan berterusan dan akibatnya ialah semakin banyak air terkumpul di alveolus dan air ini akan mula melimpah ke kawasan alveolus lain. Air yang terkumpul di alveolus (paru-paru) ini akan mengakibatkan alveolus tidak dapat menjalankan fungsinya iaitu menjalankan pertukaran gas oksigen dan karbon dioksida. Lebih banyak air terkumpul akan mengurangkan bahagian paru-paru untuk menjalankan fungsi asas paru-paru iaitu pertukaran gas oksigen dan karbon dioksida. Itulah sebabnya orang yang gemar dan kerap minum air batu akan cepat mengah bila berbuat aktiviti lasak kerana pertukaran udara di paru-paru tidak mencukupi. Daripada situasi ini, badan bertindak balas menghasilkan satu tindak balas iaitu tapak tangan lembap dan basah.



Setelah penat membuat kajian di Google, buku-buku dan majalah-majalah berhampiran. Tidaklah begitu banyak informasi yang dapat ana kongsikan. Semoga apa yang tercoret di sini dapat di manfaatkan bersama...yummy..=)



Saturday, November 26, 2011

pEsOnA cOkLaT !!!

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalammualaikum

Di tatap mempesonakan,
Di sentuh halus,
Di hidu menakjubkan,
& nikmat dijamah....

Alhamdulillah, ana di beri kesempatan untuk mencoret lagi di sini. Kali ini tentang COKLAT. Ana sukakan tajuk kali ini kerana coklat merupakan makanan ringan yang paling memikat hati ana. Subhanallah, sungguh enak nikmat Allah yang satu ini. Di antara banyak-banyak coklat, ana paling sukakan coklat susu (white chocolate). Terdapat banyak kelebihan pada coklat ini yang mungkin terselindung dari pengetahuan minda. Ingin ana kongsikan infomasi tentangnya dengan saudara dan saudari sekalian.

PESANAN SI JANTUNG HATI

Coklat baik untuk jantung yang sihat. Penyelidikan terbaru membuktikan bahawa coklat merupakan sumber anti-oksidan yang terbaik. Anti-oksidan di dalam coklat di kenali sebagai phenol boleh mempengaruhi lipoprotein densiti rendah (LDL), pengangkut kolesterol ke dalam darah secara langsung. Phenol akan menghalang kerosakan oksidasi LDL yang perlahan-lahan akan mengurangkan kadar mendapan lemak dalam arteri. Pengambilan kompaun poliphenolik, sejenis anti-oksidan yang terdapat di dalam buah-buahan, sayuran, teh dan coklat berpotensi mengurangkan risiko sakit jantung dengan melindungi kerosakan sel tubuh akibat radikal bebas. Coklat secara semulajadinya kaya dengan poliphenol. Coklat gelap pula mengandungi lebih poliphenol berbanding coklat susu kerana kandungan massa koko yang tinggi.

Coklat susu (50 g) ----> 100 mg poliphenol
Coklat gelap (50 g) ----> 300mg poliphenol
Serbuk koko (16 g) ----> 200 mg poliphenol
Teh (240 ml) ----> 400 mg poliphenol

Rahsianya, makanlah coklat sederhana sebagai sebahagian diet yang seimbang...=)


NIKMAT COKLAT YANG MENCERIAKAN

Coklat adalah makanan istimewa yang sesuai untuk pemakanan yang sihat. Mengambil makanan yang di gemari akan menghasilkan endorfin. Bukan hanya coklat malah apa juga makanan yang lazat akan menghasilkan endorfin iaitu sejenis protein. Penyelidikan mendapati bahawa nikmat memakan coklat di ransang oleh endorfin. Oleh itu makanan yang lazat dan di gemari seperti coklat bertambah kenikmatannya kesan pelepasan endorfin di dalam otak. Dengan ini memakan coklat akan memberi nikmat mengasyikan. Nikmat coklat juga datangnya daripada gabungan aroma dan rasa sensasi di dalam mulut yang memberikan kelazatan luar biasa dan menjadikan kehidupan kita riang, ceria dan bersemangat sepanjang hari. Nikmati coklat dan nikmati kehidupan lebih ceria...=)


COKLAT MENGUNGKAP SERIBU KATA
&
MENGHURAI SEJUTA RASA

Sekotak coklat sebagai pengutus kasih sayang dan melahirkan penghargaan lebih bermakna dan penuh ketulusan. Samada ingin melahirkan isi hati, meluahkan pujukan kasih, meraikan hari istimewa atau sekadar menambah kemesraan, coklat menjadi pemberian bermakna yang sesuai untuk apa jua majlis dan perayaan.

Coklat mengungkapkan lebih seribu kata-kata untuk kita...


MITOS VS FAKTA

MITOS
Coklat yang mengandungi koko adalah makanan yang tidak berkhasiat.
FAKTA
Satu bar 1.5 auns coklat susu menyumbang kandungan peratus berikut kepada nilai pemakanan harian yang disyorkan (USRDA): Kalcium - 9%; Riboflavin - 9%; Protein - 6%; Zat Besi - 3%; Vitamin A - 2.4%; Thiamine - 2%. Nilai khasiatnya akan bertambah jika kacang atau mentega kacang dicampurkan. Coklat sungguh berkhasiat.



MITOS
Coklat adalah sumber utama 'dietary sugar' untuk kanak-kanak.
FAKTA
Kajian yang dijalankan di Michigan State University menunjukkan bahawa kurang MYTH daripada 3 peratus daripada jumlah pengambilan gula oleh kanak-kanak diperolehi dari coklat dan lain-lain konfeksyen.



MITOS
Coklat mengandungi sodium yang tinggi.
FAKTA
Satu bar 1.5 auns.coklat yang tidak manis atau separuh manis hanya mengandungi 1.5 mg sodium; satu bar coklat susu - 40 mg. Cuba bangdingkan dengan: 1 cawan susu - 122 mg; 1 keping roti gandum - 132 mg dan 1 auns keju swiss yang mengandungi 440mg sodium.



MITOS
Coklat menyebabkan kerosakan gigi.
FAKTA
Kajian telah mendapati bahawa satu daripada bahan yang terdapat dalam serbuk koko menghalang pembiakan bakteria yang akan membentuk plak gigi. Oleh itu coklat bukanlah penyebab jerawat. Sebenarnya, faktor pemakanan tidak mempunyai kesan atau bukan merupakan punca langsung terhadap jerawat tetapi ia adalah keadaan kulit yang disebabkan oleh aliran keluar minyak yang berlebihan.



MITOS
Kafein dalam coklat menyebabkan kanak-kanak terangsang dan menyebabkan mereka terlalu aktif.
FAKTA
Satu auns coklat adalah 5 milligrams. Satu cawan kopi mengandungi antara 93 dan 153 milligrams dan bagi teh pula ia bergantung kepada berapa lama ia dibuat, mengandungi antara 28 dan 44 milligram kafein secawan. Ada juga minuman ringan yang mengandungi antara 32-65 milligrams bagi satu tin seberat 12 auns.
Anda terpaksa memakan banyak bar coklat (lebih kurang 50 - 1.5 auns bar coklat) barulah anda boleh menyalahkan coklat kalau anda tidak nyenyak tidur.



MITOS
Memakan coklat dan lain-lain konfeksyen adalah penyebab utama kegemukan kanak-kanak.
FAKTA
Kajian menunjukkan kanak-kanak obes mengambil gula yang kurang tetapi lebih kepada lemak dan protein.



sEmuAnYa tEntAng cOklAt.........................^,^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...