»

Monday, November 28, 2011

TazKiraH Imam Ghazali

Assalammualaikum

Suatu hari, Imam Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya.
Imam Al-Ghazali bertanya : "Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?"

Murid-muridnya ad yang memberikan jawapan orang tua, guru, teman dan kerabatnya.

Imam Ghazali menjelaskan semua jawapan itu benar, tetapi yang paling dekat dengan kita adalah "MATI". Sebab itu sudah janji Allah S.W.T bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati. (lihat ayat 185, surah Al-Imran)

Lalu Imam al Ghazali meneruskan pertanyaan kedua : "Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?"

Murid-muridnya ada yang menjawab negara China, bulan, matahari, dan bintang. Lalu Imam al-Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang mereka berikan adalah benar, tetapi yang paling benar adalah "MASA LALU". Walau hebat macam mana sekalipun kita, kita tidak boleh kembali pada masa lalu. Oleh itu, kita harus menjaga hari ini dan hari akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran agama.

Lalu Imam al-Ghazali meneruskan dengan pertanyaan yang ketiga : "Apa yang paling besar di dunia ini?"

Ada muridnya yang menjawab gunung, bumi, dan matahari. Semua jawapan itu benar, kata Imam al-Ghazali.

Tetapi katanya, yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah "NAFSU" (lihat ayat 179 dari Surah al-A'raaf). Oleh itu, kita harus berhati-hati dengan nafsu, jangan sampai nafsu menjerumuskan diri ke lembah neraka.

Pertanyaan keempat : "Apa yang paling berat di dunia ini?"

Ada yang menjawab baja, besi dan tidak kurang yang mengatakan gajah. Semua jawapan benar, kata Imam al-Ghazali tetapi yang paling berat adalah "MEMEGANG AMANAH". (lihat ayat 72, Surah al-Ahzab) Tumbuhan, haiwan, gunung malah malaikat juga semuanya tidak mampu ketika Allah S.W.T meminta mereka untuk menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah sehingga ramai manusia masuk ke neraka kerana tidak dapat memegang amanahnya.

Pertanyaan yang kelima : ''Apakah yang paling ringan di dunia ini?''

Ada yang menjawab kapas, angin, debu, dan dedaun. Semua itu benar kata Imam al-Ghazali, tetapi yang paling ringan di dunia ini ialah "MENINGGALKAN SOLAT". Gara-gara pekerjaan malah keletihan, kita meninggalkan solat.

Pertanyaan keenam ialah : "Apakah yang paling tajam di dunia ini?".

Murid-muridnya menjawab dengan serentak iaitu pedang.Benar kata Imam al-Ghazali, tetapi menurutnya yang paling tajam ialah "LIDAH MANUSIA". Ini kerana melalui lidah manusia dengan mudah menyakiti hati dan melukai perasaan rakan sendiri.



Semoga dengan tazkirah ini, kita semua dapat memuhasabahkan diri dan membetulkan niat di setiap sesuatu perbuatan yang kita lakukan. Banyak kekurangan dan kelemahan diri yang perlu kita perbaiki dengan ilmu dan taubat. Ana mengharapkan dengan peringatan yang di berikan ini menjadikan kita muslim dan muslimat yang di berkati dan di redhai oleh Allah S.W.T walau di manapun kita berada. 6 soalan yang mampu menyedarkan kita tentang perjuangan yang harus kita bawa. Insyaallah..


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...