»

Monday, August 27, 2012

biLe nAk RaYa..pUasa duLu !!

Assalammualaikum

Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah....tahun ini ana dapat menyempurnakan lagi rukun Islam ke 3 dengan di bekalkan kesihatan yang baik iaitu berpuasa di bulan Ramadan bersama keluarga tercinta. Alhamdulillah...Ramadan kali ini, inilah kali pertama ana dapat meluangkan masa bersama mereka. Masak memasak, janganlah cerita....apa jua resepi yang berada di internet sudah ana terjah untuk berbuka nanti. Sedap tak sedap tu, belakang cerita..=)

Alhamdulillah Ramadan kali ini, adik lelaki ana yang bongsu berazam untuk khatam Al-Quran..Teruja dan gembira setiap kali ana dengar dirinya begitu khusyuk mengalunkan ayat2 suci Al-Quran. Selepas sahur, Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan Isya' pasti kedengaran sayup2 suaranya mengalunkan ayat2 suci Al-Quran di bilik belakang. Solat Terawih pula tidak ketinggalan..Motor "kapcai" jadi kenderaan. Ana sangat gembira dengannya. Senakal-nakalnya tapi tidak lupa pada yang SATU.


InsyaAllah Ramadan kali ini ana akan buat yang terbaik daripada Ramadan yang sebelumnya. Dan menjadi yang lebih baik. Di saat ayahanda dan ibunda sibuk di tempat kerja, ana pula menyibukkan diri mengemas rumah. Membantu mana yang tahu, agar mereka pulang tanpa berkerut dahi...apabila melihat rumah sentiasa kemas, bersih dan harum. Rumahku syurgaku.

Allah...Allah...Allah...
Di bulan yang mulia ini, sentiasalah membasahi bibirmu dengan zikir2 dan ayat2 suci Al-Quran. Buatlah dengan ikhlas. InsyaAllah, ganjarannya pasti ada. 

Sebulan berlalu dengan keinsafan...

10 malam terakhir bakal tiba...

Lailatul Qadr (Malam Qadar) yang dinyatakan di dalam al-Quran sebagai, 
“lebih baik daripada seribu bulan” (97:3). 
Apa-apa ibadah yang dilakukan pada malam ini seperti membaca al-Quran, mengingati Allah, dan lain-lain adalah lebih baik daripada beribadah untuk 1000 bulan yang tidak mengandungi malam Qadar.

Pastikan diri saudara, saudari mahupun ana sendiri luangkan masa untuk beribadah kepada Allah, beri'tikaf, banyakkan berdoa, merenung makna A-Quran, berzikir, muhasabah diri dan sentiasa memaafkan orang lain. Sibukkan diri dengan beribadah, manisnya pasti terasa. InsyaAllah..^,^

..................................................................................................................................................................

"Berlalulah sudah Ramadan sebulan berpuasa,
Tiba syawal kita rayakan dengan rasa gembira,
Anak muda di rantauan semuanya pulang ke desa,
ibu dan ayah keriangan bersyukur tak terkira.."

Kedengaran lagu raya sudah di putarkan di corong2 radio. Lirik lagu di atas antara lagu raya kegemaran ana..Bibir ini laju menangkap bait lirik lagu yang di dendangkan. Alhamdulillah...Syawal bakal tiba...^,^
Episodenya bermula..

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...