»

Sunday, February 27, 2011

Makan Oh Makan !!!


Assalammualaikum..

Alhamdulillah...bertemu kita sekali lagi di alam maya ini. Sejak kebelakangan ini, ana di serang dengan masalah negara. Hah..mungkin ligat di pemikiran kamu, apakah masalah negara yang ana hadapi. "Apabila x makan je...lapar bertandang namun apabila kita makan pula..rasa kenyang mula menerpa tiba". Itulah masalah negara yang tidak pernah selesai. Itu jugalah ungkapan yang di berikan oleh ibunda ana kepada ana selasai menghadiri majlis makan malam bersama keluarga. Berderai ketawa ana keluar apabila ungkapan itu singgah ke cuping telinga ana.

Apabila sebut je pasal makanan, kelenjar air liur kita mula beroperasi menghasilkan air liur sepantas mendapat isyarat daripada hypothalamus. Dengan membayangkan imej makanan sahaja, manusia sudah tidak tertahan menelannya. Begitu berpengaruh makanan ini kepada manusia.Ada juga segelintir manusia mengeluarkan moto hidup mereka dengan "hidup untuk makan" & "makan untuk hidup". Ana tidak pasti di mana sahihnya moto mereka ini.

Oleh kerana manusia tidak mengawal makanan jugalah, banyak penyakit mendampingi susuk tubuh mereka. Makan oh makan !!

Akan tetapi bila sebut pasal makan,..semua suka. Asalkan perut kembung tali kecapi, apa yang singgah ke mulut pasti di sukai. Ana di antara pencinta makanan..Apabila deria rasa di kurniakan kepada manusia untuk merasai nikmat kelazatan, manusia sering alpa dengan tanggungjawab masing2. Sukar untuk menemui hamba Allah yang menjaga pemakanan. Yakin dengan 10 generasi pengeluaran makanan.



Manusia yang di kasihi sekalian, ikutilah sunah Nabi Muhammad s.a.w tentang etika ketika makan...ini kerana Nabi Muhammad SAW pernah bersabda;"Barang siapa yang mengikuti sunahku, bererti dia cinta kepadaku. Dan barang siapa yang cinta kepadaku, maka akan masuk syurga bersamaku".

Jika kamu lupa akan sunah Nabi kita tentang etika ketika makan, janganlah kamu kuatiri...ini kerana ana di sini mahu berkongsi dengan kamu.

1-MULAKAN DENGAN ”BISMILLAH”
Nabi SAW apabila makan dan minum pasti memulakan dengan menyebut nama Allah. Perbuatan itu bukan sekadar dilakukan oleh baginda SAW sendiri, malahan dipesan agar dilakukan oleh orang lain.

2-TANGAN KANAN
Ketika makan, disunatkan makan dilakukan menggunakan tangan kanan. Kekanan dalam semua perkara merupakan amalan terpuji, bahkan ia merupakan amalan orang-orang yang soleh, bertaqwa kepada Allah SWT.

3-TIDAK MINUM BERDIRI
Berdiri ketika minum, menandakan kurang adab ketika minum.

4-TIDAK GUNA BEKAS EMAS DAN PERAK
Bukan sekadar kurang adab, malahan merupakan satu dosa apabila seseorang itu minum dan makan dengan menggunakan bekas daripada emas dan perak. Tindakan menggunakan emas dan perak ketika makan dan minum merupakan kesombongan walhal sifat sombong ini tidak layak wujud pada manusia.

5-TIDAK CELA MAKANAN

6-TIDAK MAKAN BANYAK
Nabi SAW tidak pernah makan banyak seperti kita. Jika kita makan kadangkala mengjangkaui kekenyangan teramat sangat, sehingga bersedawa 3 hingga 5 kali. Perbuatan tersebut tidak disukai oleh Nabi SAW. Kita di galakkan makan ketika terasa lapar dan berhenti makan sebelum kenyang.(makanlah kamu berpada-pada,tidak terlalu lapar dan tidak terlalu kenyang)

7-MAKAN BERJEMAAH
Berjemaah merupakan tuntutan. Ia kerana, berjemaah mewujudkan saling bantu membantu. Apabila wujud seorang yang susah pasti dengan berjemaah seorang kawan yang lain pasti akan membantu. Apabila keadaan ini berlaku, sebarang kesulitan dapat diselesaikan dengan baik. Disebalik kebaikkan berjemaah ini wujud juga keberkatan disebalik kita berjemaah. Berkat diterjemah sebagai “zat” jika dinisbahkan kepada makanan.

Semoga dengan adanya perkongsian ana ini dapat di manfaatkan bersama...InsyaAllah.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...