»

Tuesday, April 12, 2011

9 ApriL 2011

Mengapa dicari secantik Balqis, andai diri tidak sehebat Sulaiman..
Mengapa mengharap teman setampan Yusof jika kasih tidak setulus Zulaikha..
Mengapa mengharap teman seteguh Ibrahim andai diri tidak sehebat Siti Hajar..
Mengapa didambakan teman sehidup yang sempurna Muhammad jika ada keburukan pada diri..
Bimbinglah dirinya dan terimalah kekurangan itu sebagai keunikan..
Carilah kebaikan itu pada dirinya..
Bersyukurlah kerana dipertemukan dengannya dan berdoalah dia milikmu.....

Assalammualaikum wahai sahabat,

Sudah beberapa purnama ana tidak update seputih salju sakura ini. Rindu rasanya mahu mencoretkan sesuatu di sini. Alhamdulillah, ana di berikan kesempatan untuk menceritakan sesuatu yang lebih menarik.
Mungkin sahabat sekalian tertanya-tanya, mengapakah ana menulis puisi berunsurkan mencari pasangan ataupun cinta di permulaan coretan ana pada kali ini dan apa pula kaitan dengan tarikh 9 April 2011. Ini kerana pada tarikh sedemikian, ukhti ana bertunang. Ukhti ana adalah anak sulong, jadi ana yang excited lbh...hehe mungkin kali pertama mengadakan majlis di rumah.

ketika cincin di sarungkan..
Cinta adalah kekuatan yg mampu
mengubah duri jadi mawar
mengubah cuka jadi anggur
mengubah sedih jadi riang
mengubah amarah jadi ramah
mengubah musibah jadi muhibah.

Pada mulanya, ana mahu pulang awal untuk turut serta dalam operasi mengemas rumah dan menceriakan rumah. Namun begitu, ana hanya mampu merancang dan Allah yang menentukan tiap sesuatu. Ana tidak dapat pulang awal ke rumah di sebabkan assignment yang menggunung di kolej meminta di siapkan. Perasaan ana tidak dapat hendak di gambarkan. Sedih di tambah dengan kecewa. Mungkin ada hikmahnya mengapa ana tidak dapat pulang awal, siapa tahukan.

Ana pulang pada petang 8 April 2011. Lelah ana belum hilang tetapi sudah mencapai pekakas untuk operasi membersihkan halaman depan. Desiran angin petang menghembus ke tubuh ana yang ligat di basahi keringat. Nyaman terasa namun tekak menjerit meminta di basahi. Tergendala seketika operasi ana. Merapatkan diri dengan warga di dapur...

9 April 2011, 8 a.m
Sarapan pagi telah di sediakan untuk para tetamu terutamanya keluarga ana tercinta serta sanak saudara yang telah tiba mlm sebelumnya. Menu khasnya bihun goreng, lontong, teh dan teh O panas. Lazatnya tidak terkata. Alhamdulillah, kenyang perut. Tidak ketinggalan, turut di jamu jiran tetangga tidak kira bangsa.
Sesudah makan, tenaga ana juga meningkat naik untuk menjalankan tugas yang seterusnya. Agaknya apakah tugasan yang bakal ana terima. Teka teki bermula..

9 April 2011, 10 a.m
Tahlil ringkas di adakan. Suara merdu atok ana membaca kalimah suci memenuhi ruang rumah. Seisi keluarga serta sanak saudara terdekat menghadirkan diri. Tenang rasanya jiwa ana di saat kalimah suci membasahi bibir ana. Ruang rumah turut nyaman dan damai. Subhanallah...sungguh Agung kalimah-NYA.

9 April 2011, 12 p.m
Aroma makanan di luar rumah menusuk ke hidung ana. Terangkat selera ana lalu perut ana juga mulai berkeroncong minta di isi. Turut serta seisi keluarga beramai-ramai menjamu selera.

9 April 2011, 2.30 p.m
Rombongan pihak lelaki dari daerah yang sama telah tiba. Mereka di jamu dahulu dengan hidangan yang enak sebelum meneruskan acara utama. Senyuman ukhti ana semakin melebar.Almaklumlah, beberapa detik lagi dirinya bakal menjadi tunangan orang. Tepat pukul 3.15 p.m, atucara utama di mulakan dengan penuh adat. Dua keluarga berkumpul bagi menjalankan majlis pertunangan yang di janjikan dalam sesi merisik awal tahun dahulu. Perjanjian demi perjanjian di ungkapkan daripada kedua-dua belah pihak dengan persetujuan. 7 hantaran daripada pihak lelaki di balas 9 hantaran daripada pihak perempuan. Alhamdulillah, majlis pertunangan ukhti ana berjalan dengan lancar dan meriah.

Mahu di jadikan cerita, ana seperti menjadi watak utama dalam majlis ini. Mana tidaknya, semua tetamu salah sangka terhadap ana. Mereka fikir ana yang bakal bertunang pada majlis ini. Oh !! tidak...ana masih muda lagi. Jenuh lidah ana menerangkan siapakah gerangan yang bakal bertunang pada majlis ini. Its my ukhti, not me. Setelah ukhti ana keluar bersemuka dengan tetamu yang hadir, barulah mereka mengetahuinya bahawa ana bukan watak utama pada majlis ini. Tekaan mereka meleset sama sekali. Berdekah-dekah ahli keluarga ana yang lain ketawa apabila mendengar salah sangka ini. Malunya ana.
Almaklumlah, puteri lilin katakan. Jarang benar ana keluar rumah. Kenangan yang tidak dapat ana lupakan.Senyum pisang...(,")

InsyaAllah, ukhti ana akan mendirikan masjid tidak lama lagi.Semoga ukhti ana menemukan kebahagiaannya bersama pasangannya...amin

Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya.
Kisah silam tidak perlu diungkit lagi, kiranya kamu benar-benar mencintainya setulus hati.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...