»

Sunday, February 13, 2011

Sejarah Semalam..










Assalammualaikum...

Salam bertemu kembali..


Detik berganti saat,..
saat berganti minit,..
minit berganti jam,..
jam berganti hari,..
hari berganti minggu,..
minggu berganti bulan,..
bulan berganti tahun,..

Setiap kali nafas di hembuskan, setiap kali mata berkelip dan setiap kali jantung berdetak,..ia membiarkan waktu berlalu pergi..

Setiap insan mempunyai sejarah silam yang terpatrit dalam kotak ingatan biarpun ia 'pahit bak hempedu mahupun manis bak madu'. Namun begitu, adakah ianya sama seperti sejarah kebangkitan Melaka...tak pasal-pasal sejarah melaka terbabit kat sini..hehe hanya diri sendiri sahaja yang tahu menilai sejarah masing2..

Ana juga mempunyai sejarah silam namun ianya seperti baru semalam berlaku. Sejarah tidak mungkin akan berulang namun kebarangkaliannya pasti ada.

..sejarah semalam..

Sejarah zaman kanak2 tidak dapat di kembalikan lagi, kita hanya mampu mengimbau kembali sejarah itu dengan senyuman mahupun tangisan. Seperti ana, zaman kanak2 ana sungguh menyeronokkan tetapi ada juga masanya yang tidak begitu menyeronokkan. Ketika itu, hidup ana di kawal dengan "rotan". Hahaha..tentu kamu tidak asing sekali dengan rotan semasa kamu kanak2 kan. Bila nampak je rotan di keluarkan, masing2 lintang pukang melarikan diri daripadanya. Sudah pasti ada kesalahan yang ana lakukan pada waktu itu. 

Bila di ingatkan kembali, ana tersenyum sendirian. Ada hikmahnya dengan rotan itu, jika tidak, ana tidak berjaya sampai ke tahap ini. Terima kasih ayah & mama ana yang sangat perihatin , sangat kasih dan sangat pandai membimbing anak2 nya..Kasih keluarga tidak padam sampai bila2.

Namun begitu, ramai ibubapa di luar sana telah menyalahgunakan kuasa membimbing mereka kepada anak2 mereka. Mereka tegar untuk mendera anak2 mereka sampai separuh nyawa. Tidak adakah sifat kasih kepada anak2 mereka itu??..Sungguh tidak bertanggungjawab..


Ana sangat sukakan keluarga ana..sejarah ana adalah hidup ana..
Siapa tahu mungkin kita akan di beri peluang untuk kedua kalinya merasai pengalaman sejarah masing2...hehe.. Who knows !!

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...