»

Wednesday, July 15, 2009

Lahirnya ana...


Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang

Assalammualaikum,

Pertama kalinya ana mencoretkan sesuatu di sini untuk di kongsikan bersama sahabat handai yang ana kasihi..

Lahirnya manusia disambut dengan azan dan iqamat. Matinya pula diiringi dengan solat. Antara azan dan iqamat dan solat, betapa singkatnya hidup ini. Renungkan sejenak , bila pula kita akan disolatkan. Kadang-kadang apabila kita mendapat berita tentang kematian, kita mungkin akan berasa insaf seketika, tetapi selama manakah kita akan menginsafi diri dan terus berusaha mendekatkan diri pada Illahi.
Pada 7 April 1991,ana dilahirkan ke dunia. Subhanallah…begitu sempurna ana dilahirkan di dunia..Alhamdulillah..ana di beri kesempatan untuk melihat keindahan bumi ciptaan Allah dengan nikmat mata. Ana dapat melihat ibu dan ayah tercinta dan berpeluang untuk berbakti untuk mereka selagi nyawa di kandung badan…InsyaAllah..

Ana bersyukur sangat kerana di beri peluang hidup di dunia ini walaupun sementara. Sedangkan kita tahu ada manusia seusia ana tidak berpeluang melihat keindahan bumi Allah…Mengapa?? Kerana ajal dan maut tidak mengenal umur, masa dan tempat. Cuma kita sahaja yang dikenali sebagai manusia selalu alpa akan realiti itu.

Lahirnya ana ke dunia dengan penuh harapan..menjadi khalifah Allah di muka bumi..walaupun dengan selemah-lemah iman di dalam hati,akan ana cuba semampunya..berpandukan Al-Quran & sunah dan dengan hadirnya sahabat sebagai teman seperjuangan.InsyaAllah… Mukadimah tercoret kini…Catitan harian masih menanti.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...