»

Wednesday, July 15, 2009

Cinta??


Assalammualaikum

Hurm…apa itu cinta?? Apakah maksud sebenar tentang cinta…
Tidak di nafikan, setiap manusia mempunyai perasaan ingin menyayangi dan disayangi oleh kaum adam dan hawa…tapi sejauh mana maksud cinta yang kita tahu?..sampai saat ini ana masih mencari makna cinta yang sebenar…
Cinta layaknya seperti seekor rama-rama..semakin kita mengejarnya semakin jauh ia terbang meninggalkan kita..biarkan rama-ramamu terbang kemana sahaja ia suka..siapa tahu bila ia lelah dan tidak sedar akan kewujudanmu..ia akan mengibaskan sayapnya ke arahmu menumpang teduh dari panas hujan badai duniawi dalam keadaan yang kita tidak sangka..mungkin sahaja rama-rama yang kita kejar itu bukan rama-rama yang Allah peruntukkan
buat kita….
Buat kaum hawa seperti ana..cubalah jadi mawar berduri dan pohon semalu..sesungguhnya nafsu sering bermaharaja lela di dalam hati..ingin menghampiri cinta yang di sulami zina..nauzubillah..jauhkanlah ana dari cinta zina..
Di jadikan cerita..ana seorang insan biasa. Perasaan ingin menyayangi dan disayangi pada saat ini muncul….tipulah kalau ana katakan tidak pernah menyukai kaun adam..memang ada tapi di simpan rapi..Tapi bila ana fikirkan balik..perasaan malu menyelubungi diri. Siapalah ana hendak menyimpan perasaan terhadap kaum adam??wajar kah ana menyimpan perasaan sebegitu rupa..Sedangkan cinta ana terhadap Maha Pencipta dan kekasihNya belum kukuh sebagaimana para ulama pertaruhkan cinta mereka..
‘Cintakan bunga akan layu..cintakan manusia akan mati..dan Cintakan Allah itulah yang hakiki’..kata-kata inilah yang selalu ana sematkan di dalam hati….
YA ALLAH..jika aku jatuh cinta,cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMU,agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMU.. 


YA MUHAIMIN..

sekiranya aku jatuh hati,izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMU agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu..

YA RABBANA..
jika aku jatuh hati,jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling daripada hatiMU..

YA RABBUL IZZATI..
jika aku rindu,rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid dijalanMU..

YA ALLAH..
jika aku menikmati cinta kekasihMU..janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMU…

YA ALLAH..
jika aku jatuh hati pada kekasihMU,jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMU..

YA ALLAH..
jika kau halalkan aku merindui kekasihMU,jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya padaMU….
AMIN… 


Doa ana..moga kita sama-sama berjaya didunia dan akhirat..berjaya dalam mengharungi dugaan dan cabaran yang sememangnya menguji kekuatan iman..kerana tapak iman itulah yang menemukan cinta yang selama ini hilang..SEmoga cinta yang dicari telah ditemui..Semoga Allah meletakkan kita di bawah payung rahmat kasihNya…InsyaAllah…



lelaki idaman saya...;-)

Lelaki idaman saya adalah seorang lelaki yang beriman
Yang hatinya disaluti rasa takqwa kepada Allah
Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam
Yang sentiasa haus dengan ilmu
Yang sentiasa dahaga akan pahala
Yang solatnya adalah maruah dirinya
Yang tidak pernah takut untuk berkata benar

Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu
Yang sentiasa bersama kumpulan orang-orang yang berjuang di jalan
Allah

Lelaki idaman saya adalah lelaki yang menjaga tuturkatanya
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya
Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang
Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat
jembalang

Lelaki idaman saya adalah lelaki yang menghormati ibunya
Yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tua dan keluarga
Yang akan mendidik isteri dan anak-anak mendalami Islam
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat

Lelaki idaman saya sentiasa bersedia untuk menjadi imam
Yang hidup dibawah naungan Al-Quran dan mencontohi sifat Rasulullah
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara
Yang menjaga matanya dari berbelanja
Yang sujud penuh kesyukuran dengan rahmat Allah keatasnya

Lelaki idaman saya tidak pernah membazirkan masa
Matanya kepenatan kerana penat membaca
Suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir
Tidurnya lena dengan cahaya keimanan
Bangunnya subuh penuh kecergasan
Kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan

Lelaki idaman saya sentiasa mengingati mati
Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat
Yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga
Agar berputik tunas yang bakal menjadi baka yang baik
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian

Lelaki idaman saya adalah lelaki
Yang tidak terpesona dengan buaian dunia
Kerana dia mengimpikan syurga
Di situlah rumah idamannya
Dan dia ingin membawa saya bersama
Dialah lelaki idaman saya


Memang ana tahu..tiada manusia di dunia ini sempurna kecuali Nabi Muhammad..tetapi tidak salah untuk ana impikan..sesungguhnya wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan begitulah sebaliknya..InsyaAllah..ana akan cuba mempersiapkan diri menjadi mawar berduri dan muslimah solehah..sebelum bertemu dengan kekasih yang ditentukan oleh Allah..
jikalau tiada kesempatan bertemu di dunia..akan ana berusaha untuk bertemu di akhirat kelak...InsyaAllah..


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...